Wednesday, February 10, 2010

Kerjasama Mymanutd dan Akar Creative

Mungkin sesetengah ahli kelab mengetahui tentang perkara ini dan mungkin ada yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang kerjasama ini. Namun perbincangan ini telah dilakukan oleh pihak pengurusan Mymanutd bersama dengan wakil dari Akar Creative pada MV yang telah di adakan baru-baru ini.

Sehubungan dengan perbincangan tersebut, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama dalam mempromosikan kelab Mymanutd dan majalah yang diterbitkan Akar Creative kepada orang ramai. Pihak pengurusan telah bersetuju untuk menghantar artikel dan diterbitkan di dalam majalah keluaran Akar Creative.


Proses penyerahan artikel dan juga gambar telah berjalan dengan lancar. Seperti yang dijanjikan, majalah bola sepak yang dikenali dengan nama 'The Man Is U', akan menerbitkan keluaran edisi terbaru mereka dalam masa terdekat.

Satu ruang khas telah disediakan untuk artikel-artikel daripada Mymanutd yang menceritakan tentang aktiviti kelab untuk edisi kali ini. Majalah yang berkonsepkan majalah sukan khas untuk Manchester United itu turut mempunyai beberapa isu semasa tentang perkembangan terbaru kelab Manchester United. Antara yang menjadi perbualan hangat ketika ini adalah berkenaan dengan kempen "Love United, Hate Glazer". Semua ini boleh dibaca di dalam keluaran terbaru 'The Man Is U' edisi ke-9.


Majalah bola sepak tersebut boleh didapati di pasaran minggu hadapan. Kepada yang berminat boleh juga menyertai pertandingan kuiz yang telah disediakan oleh pihak Akar Creative di dalam majalah itu untuk edisi ke-9 hingga ke-11. Hadiah menarik disediakan oleh pihak Akar Creative. Maklumat lanjut boleh di dapati di dalam Majalah tersebut.

Cepat, jangan lepaskan peluang untuk menjadi pembaca pertama dan memenangi hadiah menarik yang disediakan.


p/s: sebarang pertanyaan boleh diajukan di dlm komen, dan segala maklumbalas akan djawab scpat mgkin.

Amalkan sifat suka membaca. Membaca amalan mulia!

Glory! Glory! Mymanutd!


-by aneep (blogmaster)

8 comments:

Unknown said...

majalah ni ke babe???

Motokar Kelisa said...

yup.. this is it..

Masrul said...

kalau rase nak masuk magazine... mari ler kite aktif bersama mymanutd.... :)

Masrul :)

Motokar Kelisa said...

insyaallah, skiranya kerjasama msih dteruskn, xmustahil.. pluang akan ada bg yg join aktiviti utk msuk mag tu..
n kpd yg join aktiviti juga bpluang utk mlihat scara dekat, gen2 yg cun tu.. hehe..
nk bgmbar pn bleh..

Anonymous said...

harap2 la gmbr aku pun ada dlm magazine tuh.. ari tu aku ada turun masa vs arsenal di PJ.. jauh tu dari JOHOR.. hehe.. dan sempat gak la tgk editor majalah tu amik2 gmbr.. hehe..

- lenchai -

Motokar Kelisa said...

bro lenchai, bkn editor tu yg amek gmbar.. gmbar ni pihak mymanutd yg provide.. kredit to hffie7. artikel tu pn pihak mymanutd yg ulas (blogmaster), then pihak akar creative buat editing yg mna patut then pilih gmbar tbaik utk susunan dlm mjalah tu..

Anonymous said...

salam,
ahli yang ingin masuk majalah kami bolehlah hantarkan gambar dengan memakai baju MU dan memegang salah satu isu 'the MAN is U'.

Sertakan juga keterangan mengapa anda menjadi penyokong kuat MU dan siapa pemain pujaan anda. Ucapan2 pun boleh, janji ada kena mengena dgn MU.

sekian terima kasih dari kami keluarga Akar Creative kepada semua ahli2 kelab penyokong Mymanutd, terutamanya president, vice presiden,cik aneep dan cik hafifie kerana menjayakan kerjasama ini...

SbS
Ketua Pengarang A.C.

p/s - foto2 bukan sy ambik, kamera saya tak cukup mahal nak ambik gambar malam, lol...

Anonymous said...

salam,

semua peminat2 MU boleh ambil bahagian dalam majalah kami. Banyak ruangan akan kami wujudkan...

selain ruangan 'keluarga united', kami juga ada ruangan 'pandangan saya' - ruangan yang menyiarkan pandangan2 peminat tentang perkembangan kelab MU.

Semua penyertaan perlu beserta dengan gambar anda memakai baju MU dan memegang salah satu isu majalah 'the MAN is U'...

itu sahaja buat kali ini...

terimakasih dari kami Akar Creative kepada ahli2 kelab penyokong Mymanutd, presiden, vice presiden, cik aneep, cik hafifie dan cik ikmalisme kerana menjayakan kerjasama ini...

SbS
Ketua Pengarang A.C.

Post a Comment