Perlawanan menentang Arsenal menentang Manchester United sememangnya di nantikan oleh semua peminat bola sepak, baik yang menyokong Arsenal, Manchester United ataupun pasukan lawan lain. Perlawanan tersebut boleh dikatakan satu perlawanan penentuan dalam pemburuan takhta Liga Perdana Inggeris. Kemenangan akan mencerahkan peluang untuk mengejar Chelsea yang masih lagi berada di puncak liga.
Selaku tuan rumah, Arsenal cuba membarisi pemain terbaik yang ada, dengan mengambil risiko memasukkan Vermaelen selaku pemain pertahanan yang baru pulih dari kecederaan. Risiko yang di ambil tampak berhasil kerana beliau berjaya menjaringkan gol untuk pasukan Arsenal pada minit ke-79. Walaubagaimanapun gol itu tidak memberi sebarang erti buat pasukan tuan rumah.
Pasukan Manchester United pula bertandang ke Stadium Emirates dalam misi meneruskan rentak kemenangan setelah menang perlawanan terakhir menentang Manchester City pada saingan separuh akhir Piala Carling. Namun, perancangan awal agak merisaukan dengan berita pertahanan kental Riod Ferdinand digantung 4 perlawanan kerana melakukan kekasaran pada perlawanan terdahulu. Nemanja Vidic juga diragui kecergasannya kerana beliau masih lagi dihantui dengan masalah kecederaan
Dengan barisan yang sedikit berbeza berbanding perlawanan terakhir Manchester United baru-baru ini, Sir Alex Ferguson mengisi kekosongan yang ditinggalkan Rio Ferdinand dengan menggandingkan Johny Evans dan Wes Brown selaku pertahanan tengah. Evra dan Rafael masing-masing bermain di pertahanan kiri dan kanan. Pemain-pemain lain yang turut terlibat adalah seperti Van de Sar, Wayne Rooney, Paul Scholes, Nani, Fletcher, Carrick dan Park Ji Sung.
Perlawanan bermula dengan kedua-dua pihak cuba mencari rentak. 5 minit masa berlalu, gandingan tengah Manchester United tampak lebih berkesan mengatur serangan demi serangan. Pada masa yang sama, barisan pertahanan juga kelihatan kental mematikan beberapa serangan balas yang cuba dilakukan Arsenal. Penguasaan bola mula memihak pada Manchester United apabila barisan tengah yang diketuai Paul Scholes berjaya membuat beberapa hantaran bahaya dalam usaha mencari gol awal.
Penguasaan itu akhirnya membuahkan hasil. Pada minit ke 32, Nani yang bergerak dari tepi kanan padang berjaya melepasi beberapa pemain pertahanan Arsenal, dan melambungkan bola melepasi jangkauan penjaga gol Arsenal, Almunia, yang sekadar berjaya menepis bola ke dalam gawang gol untuk menjadi penjaring gol sendiri. Selang 4 minit kemudian, sekali lagi Nani bertindak bijak dengan melakukan larian cantik hasil hantaran Rooney yang kemudiannya lari ke arah gol untuk menerima hantaran leret yang cantik dari Nani. Dengan satu tendangan leret dan padu, Wayne Rooney menempatkan dirinya selaku penjaring gol kedua pasukan Manchester United. Ini merupakan gol peribadi yang ke-100 dalam kariernya. Tamat separuh masa pertama dengan Arsenal ketinggalan 0-2 di halaman sendiri.
Bermula separuh masa kedua, tiada sebarang pertukaran di lakukan. Namun, penguasaan masih lagi memihak kepada pasukan pelawat. Kurang daripada 10 min perlawanan disambungkan, Manchester United sekali lagi berjaya menambah gol. Gerakan cantik antara Rooney, Carrick dan Park berjaya melepasi perangkap offside yang cuba di lakukan oleh pertahanan Arsenal. Setelah menerima lorongan yang menraik daripada Carrick, Park Ji Sung menggunakan kelajuan yang ada pada dirinya untuk meluncur laju ke arah gol. Setelah berjaya memperdayakan Clichy, Park melakukan rembatan ke arah kiri pintu gol dan sekali lagi menewaskan Almunia.
Walaupun beberapa lagi serangan cuba di lakukan, tetapi Manchester United tidak lagi dapat menambah jaringan, sebaliknya Arsenal berjaya mencuri peluang dengan sepakan gunting yang di lakukan oleh Vermaelen terkena kaki pertahanan dan melantun melepasi jangkauan Van de Sar. Perlawanan berkesudahan dengan Manchester United pulang dengan membawa tiga mata penuh. Ianya merupakan satu perlawanan yang cukup menarik.
Di sebalik kejayaan ini, adakah Manchester United telah kembali ke tahap sebenar permainan? Dan adakah kerajinan serta gerakan menarik Nani telah membukitkan kematangan pemain kelahiran Portugal itu? Sama-sama kita nantikan perlawanan seterusnya. Kemenangan pada perlawanan ini akan menjadi batu loncatan untuk mengejar Chelsea di persada liga. Sama-sama kite menyokong pasukan kesayangan, Manchester United. biar apapun terjadi, sokongan padu akan sentiasa diberikan.
Glory! Glory! Manchester United!!!.
Majulah sukan untuk negara..
- by aneep (blogmaster)
Monday, February 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment