Mungkin ucapan ini agak lewat, tetapi apa yang penting adalah pengisian yang telah di atur sepanjang bulan Januari ini. Seperti biasa, Myamanutd tidak pernah lekang dengan aktiviti-aktiviti yang sentiasa memenuhi kalendar aktiviti baik secara rasmi mahupun aktiviti tidak rasmi.

Selain dari aktiviti sukan, pihak pengurusan juga telah melaksanakan beberapa aktiviti tambahan seperti cabutan bertuah. Cabutan bertuah ini dilakukan mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan kelab.

Aktiviti rasmi juga tidak dilupakan untuk memeriahkan lagi forum. Antara yang dimaksudkan adalah Match View yang sememangnya sentiasa mendapat sambutan setiap kali ianya diadakan. Tidak lupa juga, pihak pengurusan telah merancang untuk membuat beberapa lagi aktiviti rasmi seperti kejohanan bowling, barbeque bersama-sama ahli dan beberapa acara lagi. Ianya masih dalam perbincangan, namun respon yang diberikan amat memuaskan dari semua ahli.
Berbalik kepada aktiviti Match View(MV), pada hari Sabtu yang lepas, dengan berjayanya, perlawanan di antara Manchester United menentang Hull City telah disaksikan oleh hampir 100 ahli kelab Mymanutd di Forum19. Ini adalah kali pertama ia di adakan di tempat tersebut dan ternyata kesemua yang hadir turur berasa berpuas hati dan bergembira dengan kejayaan pasukan Manchester United yang berjaya menewaskan Hull City 4-0. Keempat-empat gol dijaringkan oleh Wayne Rooney.

Kehadiran hampir 100 ahli kelab turut melibatkan hampir kesemua staf pengurusan, termasuk Presiden Mymanutd, saudara Cantona7 dan juga sekumpulan ahli-ahli kelab dari negeri-negeri di Selatan tanahair. Pihak pengurusan mngucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama serta komitmen yang ditunjukkan oleh kesemua yang hadir. Diharap peningkatan ahli akan berlaku dari masa ke semasa seiring dengan komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli yang sedia ada.
Majulah sukan Mymanutd..
Glory! Glory! Manchester United!!!
-by aneep(blogmaster)
0 comments:
Post a Comment