Monday, March 1, 2010

Wembley bergema lagi.. Glory Glory Manchester United!!!



Setelah mengharungi musim yang agak terumbang ambing, Manchester United kini telah kembali ke landasan kejuaraan. Bermula dengan langkah yang berhati-hati, saingan akhir Piala Carling menentang Aston Villa di Stadium Wembley berkesudahan dengan kejuaraan milik Manchester United.  Rentak pada permulaan permainan dimulakan agak goyah dengan Nemanja Vidic melakukan kesilapan melakukan kekasaran di dalam kotak penalti dan menghadiahkan sepakan penalti buat pasukan Aston Villa. Villa mendahului dengan gol permulaan pada minit ke-5 melalui sepakan penalti yang diambil oleh Milner.
Walaubagaimanapun, pemain-pemain Manchester United tidak goyah, bahagian serangan yang diketuai oleh Michael Owen berjaya merobek pintu gol lawan berselang 7minit kemudian. Hasil daripada tolakan pendek Berbatov di dalam kotak penalti, Owen berjaya merembat leret bola ke penjuru kiri gol untuk menghasilkn gol penyamaan pada minit ke-12. Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa kedua.
Pada separuh masa kedua, Owen dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan dengan penjaring terbanyak Manchester United, Wayne Rooney. Kemasukan Rooney nyata menyemarakkan lagi semangat barisan serangan dan jentera tengah untuk menghasilkan peluang demi peluang untuk menjaringkan gol. Valencia sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada Manchester United dengan hantaran-hantaran lintang merbahaya di dalam kotak penalti pasukan lawan. Kesungguhan yang ditunjukkan akhirnya membuahkan hasil apabila Wayne Rooney berjaya menanduk masuk ke penjuru kanan gol Aston Villa hasil lintangan Valencia pada minit ke-74. Serangan terus dilakukan selepas itu, tetapi hanya tiang gol menjadi penghalang dan keputusan berkesudahan dengan jaringan 1-2. Dengan keputusan itu, Manchester United dinobatkan sebagai juara Piala Carling tahun 2010.
  Dengan kemenangan ini, pasukan Manchester United dilihat sudah dalam landasan yang tepat untuk meneruskan baki saingan liga dan memberi tekanan kepada pasukan lawan yang kini berada di puncak liga dengan hanya dibezakan dengan satu mata . Tiada yang mustahil di dalam bola sepak. Sebagai penyokong, teruskan memberi sokongan, kerana sokongan yang padu ibarat pemain ke-12 untuk sesuatu pasukan.

Majulah sukan Mymanutd




Glory! Glory! Manchester United!
-by aneep (blogmaster)

0 comments:

Post a Comment