Mungkin sesetengah ahli kelab mengetahui tentang perkara ini dan mungkin ada yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang kerjasama ini. Namun perbincangan ini telah dilakukan oleh pihak pengurusan Mymanutd bersama dengan wakil dari Akar Creative pada MV yang telah di adakan baru-baru ini.Sehubungan dengan perbincangan tersebut, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama dalam mempromosikan kelab Mymanutd dan majalah yang diterbitkan Akar Creative kepada orang ramai. Pihak pengurusan telah bersetuju untuk menghantar artikel dan diterbitkan di dalam majalah keluaran Akar Creative.

Proses penyerahan artikel dan juga gambar telah berjalan dengan lancar. Seperti yang dijanjikan, majalah bola sepak yang dikenali dengan nama 'The Man Is U', akan menerbitkan keluaran edisi terbaru mereka dalam masa terdekat.
Satu ruang khas telah disediakan untuk artikel-artikel daripada Mymanutd yang menceritakan tentang aktiviti kelab untuk edisi kali ini. Majalah yang berkonsepkan majalah sukan khas untuk Manchester United itu turut mempunyai beberapa isu semasa tentang perkembangan terbaru kelab Manchester United. Antara yang menjadi perbualan hangat ketika ini adalah berkenaan dengan kempen "Love United, Hate Glazer". Semua ini boleh dibaca di dalam keluaran terbaru 'The Man Is U' edisi ke-9.

Majalah bola sepak tersebut boleh didapati di pasaran minggu hadapan. Kepada yang berminat boleh juga menyertai pertandingan kuiz yang telah disediakan oleh pihak Akar Creative di dalam majalah itu untuk edisi ke-9 hingga ke-11. Hadiah menarik disediakan oleh pihak Akar Creative. Maklumat lanjut boleh di dapati di dalam Majalah tersebut.
Cepat, jangan lepaskan peluang untuk menjadi pembaca pertama dan memenangi hadiah menarik yang disediakan.
p/s: sebarang pertanyaan boleh diajukan di dlm komen, dan segala maklumbalas akan djawab scpat mgkin.
Amalkan sifat suka membaca. Membaca amalan mulia!
Glory! Glory! Mymanutd!
-by aneep (blogmaster)

