Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Sunday, January 31, 2010

Match View - Manchester United VS Hull City

Terlebih dahulu bagi pihak pengurusan Mymanutd.com, di ucapkan selamat tahun baru 2010.
Mungkin ucapan ini agak lewat, tetapi apa yang penting adalah pengisian yang telah di atur sepanjang bulan Januari ini. Seperti biasa, Myamanutd tidak pernah lekang dengan aktiviti-aktiviti yang sentiasa memenuhi kalendar aktiviti baik secara rasmi mahupun aktiviti tidak rasmi.

Antara aktiviti tidak rasmi yang sentiasa berjalan adalah seperti aktiviti sukan futsal, bola padang dan juga badminton. Ini merupakan aktiviti mingguan yang kebiasaannya melibatkan ahli-ahli di sekitar Lembah Klang.
Selain dari aktiviti sukan, pihak pengurusan juga telah melaksanakan beberapa aktiviti tambahan seperti cabutan bertuah. Cabutan bertuah ini dilakukan mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan kelab.

Aktiviti rasmi juga tidak dilupakan untuk memeriahkan lagi forum. Antara yang dimaksudkan adalah Match View yang sememangnya sentiasa mendapat sambutan setiap kali ianya diadakan. Tidak lupa juga, pihak pengurusan telah merancang untuk membuat beberapa lagi aktiviti rasmi seperti kejohanan bowling, barbeque bersama-sama ahli dan beberapa acara lagi. Ianya masih dalam perbincangan, namun respon yang diberikan amat memuaskan dari semua ahli.

Berbalik kepada aktiviti Match View(MV), pada hari Sabtu yang lepas, dengan berjayanya, perlawanan di antara Manchester United menentang Hull City telah  disaksikan oleh hampir 100 ahli kelab Mymanutd di Forum19. Ini adalah kali pertama ia di adakan di tempat tersebut dan ternyata kesemua yang hadir turur berasa berpuas hati dan bergembira dengan kejayaan pasukan Manchester United yang berjaya menewaskan Hull City 4-0. Keempat-empat gol dijaringkan oleh Wayne Rooney.

Selain dari untuk menyaksikan siaran secara langsung beramai-ramai, MV tersebut di adakan di sana kerana pihak pengurusan Mymanutd cuba untuk mencari satu kawasan yang boleh dijadikan kubu kuat kelab Mymanutd. Tiada kata putus lagi yang dibuat kerana perbincangan di antara pengurusan Mymanutd dan juga pengurusan Forum19 masih lagi diteruskan. Pada masa yang sama, satu perbincangan untuk melakukan usahasama dengan sebuah majalah sukan tempatan turut di adakan. Wakil dari majalah sukan 'The Man Is U' dan pihak pengurusan Mymanutd berbincang dan berkongsi idea dalam meningkatkan lagi prestasi kedua-dua pihak.

Kehadiran hampir 100 ahli kelab turut melibatkan hampir kesemua staf pengurusan, termasuk Presiden Mymanutd, saudara Cantona7 dan juga sekumpulan ahli-ahli kelab dari negeri-negeri di Selatan tanahair. Pihak pengurusan mngucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama serta komitmen yang ditunjukkan oleh kesemua yang hadir. Diharap peningkatan ahli akan berlaku dari masa ke semasa seiring dengan komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli yang sedia ada.

Majulah sukan Mymanutd..
Glory! Glory! Manchester United!!!

-by aneep(blogmaster)

Wednesday, November 11, 2009

mini mv - Chelsea vs Manchester United

NOTES : this page, under the labels mymanutd.com is now unofficial blog for mymanutd.
from now on, all the contents in the mymanutd.com entry will be in Malay language due to agreement made with the management.

Perlawanan terakhir Manchester United adalah bertemu pasukan yang mendahului takhta liga iaitu Chelsea. Perlawanan yang berlansung di Stamfor Bridge itu telah disaksikan oleh sebilangan ahli Mymanutd di tempat yang sememangnya kawasan untuk penyokong-penyokong Manchester United. Tempat yang dimaksudkan adalah di Hartamas Square, Sri Hartamas. Perlawanan tersebut di adakan pada tengah malam Ahad bersamaan 8hb November 2009 (awal pagi Isnin, 9hb November).

Aktiviti ini sememangnya telah biasa dilakukan oleh ahli kelab Mymanutd bagi memberi sokongan jepada pasukan kesayangan iaitu Manchester United. Walaubagaimanapun, ini adalah kali pertama ianya diadakan di Sri Hartamas. Sambutan dari ahli kelab seperti biasa adalah memuaskan terutama sekali perlawanan malam itu merupakan perlawanan penting bagi kedua-dua pasukan gergasi EPL itu.

Hampir 20 orang ahli yang datang pada hari tersebut walaupun keesokan harinya adalah hari bekerja. Bagi aktiviti mini mv (match view), ini adalah sambutan yang boleh di anggap memuaskan. Ianya dimeriahkan lagi dengan penyokong-penyokong lain yang bukan ahli.

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kekalahan pasukan Manchester United, 0-1 kepada Chelsea hasil jaringan John Terry. Jaringan melalui tandukan itu dibuat setelah Chelsea di hadiahkan sepakan percuma di luar kotak penalti. Kekalahan itu juga menyebabkan Manchester United telah jatuh ke tangga ketiga liga. Namun, kekalahan ini bukan bererti tiada lagi harapan. masih banyak lagi perlawanan berbaki yang perlu diharungi dan tidak mustahil untuk Manchester United melakukan keajaiban di saat akhir seperti yang dilakukan pada musim lepas.

Perlawanan seterusnya yang harus diharungi adalah pada 22hb November 2009. Sebagai ahli kelab penyokong Manchester United Malaysia, sokongan akan terus diberikan biar apa jua yang terjadi.

Majulah sukan Mymanutd..
Glory!! Glory!! Manchester United!!

- by aneep (blogmaster)